Monday 15 August 2011

BADAI LELAH

15 hari dah berlalu..saat yang makin hampir buat hatiku makin resah..kering sudah airmataku..mati sudah jiwaku..takut aku tak kuat untuk tunggu saat itu..dan andai aku kuat adakah aku tahan untuk lalui satu fasa yang baru dalam hidupku..ya allah, makin berat dugaanmu tapi aku tahu itu tandanya kau kasihi aku..
kadang hati kecilku bertanya sendiri atas sebab apa nasib aku selalu jadi bergini..terus terusan gagal untuk mencari cinta yang membahgiakan..mungkin dia ada depan mataku cuma aku yang tak pernah sedar atau dia yang tak sedar..ya allah sedarkanlah kami tentang kewujudan antara kami..tunjukkan aku pada pemilik rusukku..bukakan mata hatiku ya allah..
"Kepada en suamiku..tunjukkan dirimu di hadapanku..tampilkan wajahmu..lemparkan senyummu suami..en suami..aku dah mula lelah..pendek nafasku..timbulkan dirimu andai kau kasihi aku..aku dah kehabisan air mata..aku dah mula lemah..aku perlukan bahumu untuk hambufrkan tangisku..aku perlukan tangan sasamu untuk memimpinku..aku perlukan hangat nafasmu untuk panaskan tubuhku dan aku perlukan kamu untuk menjadi imam dalam solatku..en suami..sanggupkah kau lihat isterimu terus terseksa begini..aku mulai rindu padamu...aku mulai inginkan dambaan darimu..aku mula perlukan belaian kasihmu..pimpinan tanganmu..hangat nafasmu..en suami..hadiahkan aku sebuah kebahgian untukku..hadiahkan senyuman kelegaan untukku dan yakinkan lelaki itu bahawa kau mampu lakukan semuanya untukku..en suami..tak penatkah kau bersembunyi dariku..
aku mulai rindu padamu en suami.."

       BADAI MASIH TAK LELAH TAPI AKU DAH MULA LELAH..




No comments:

Post a Comment